Hakikat sejarah Melayu Pattani bukan hanya ia dijajahi oleh Siam dari sebelah pihak sahaja tetapi sebenarnya pada zaman dahulu kedua-kedua belah pihak- Pattani dan Siam – sering mengadakan peperangan antara satu sama lain sejak permulaan kerajaan Pattani dari zaman kerajaan Sukhothai hinggalah ke zaman kerajaan Rattanakosin.
Dalam kajian para ahli akademik didapati bahawa sebelum zaman pemerintahan Raja Hijau pada tahun 2106 B.E. telah berlaku satu kejadian di mana Sultan Muzaffar-putera kepada Sultan Ismail Shah- bersama dengan Sultan Mansur dan bala tentera dengan 200 buah kapal telah menyerang Ayuttaya dan merampas istananya. Pihak Ayuttaya telah membalas serangan dan menyebabkan kemangkatan Sultan Muzaffar Shah.
Pada tahun 2092 B.E Praya Tani Sri Sultan – pemerintah Pattani-telah membawa 200 buah kapal datang untuk membantu Ayuttaya melawan dengan Burma tetapi apabila didapatinya bahawa Ayuttaya akan tewas kepada Burma, baginda telah masuk menyamun istana Siam sehingga Raja Siam zaman Ayuttaya itu terpaksa melarikan diri ke Pulau Maha Phram. Kemudian Raja Siam telah menyerang dan mengalahkan angkatan Pattani dan mendapatkan istananya kembali.
Pada awal zaman pemerintahan Rattanakosin tahun 2332 B.E Tuanku Lamidin telah menghantar mesej rahsia bersama dengan hadiah berupa dua pucuk pistol berukiran salutan emas, dua bilah pedang berhulu emas dan sebentuk cincin berlian kepada Raja Jalong atau 0ng Siang Sei- pemerintah Vietnam - meminta Vietnam supaya menyerang Siam dari sebelah timur manakala Pattani akan menyerang dari sebelah selatan. Tetapi Ong Siang Sei telah menyerahkan mesej rahsia itu kepada Raja Rama Pertama. Ekoran daripada itu, Baginda telah menghantar Praya Kalahom mengetuai angkatan tentera Siam untuk mengalahkan Pattani.
Maklumat-maklumat ini menunjukkan bahawa Pattani sendiri pernah menceroboh tanah Siam. Adapun perjanjian antara Siam dan Inggeris itu sebenarnya ialah perjanjian untuk mengadakan pembangunan bersama bukan bertujuan untuk memecah atau merampas tanah Melayu Pattani. Perjanjian tersebut bertitik permulaan daripada perancangan Burma yang ingin menghantar bala tenteranya untuk menyerang Bangkok. Pada zaman Raja Rama Kedua, Thailand dan Inggeris telah berselisih sehingga hampir berlaku peperangan tetapi Inggeris telah berperang dengan Burma terlebih dahulu. Oleh itu pada tahun 2367 B.E Inggeris telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Thailand pada awal zaman Rattanakosin sebelum Raja Rama Ketiga menaiki takhta. Ini menyebabkan perang Inggeris-Burma berlanjutan sehingga ke tahun 2368 B.E yang akhirnya Burma terpaksa mengaku kalah dan membuat perjanjian perdamai Yandabo pada 24 Febuari tahun 2368.
Akibat daripada perjanjian itu Burma terpaksa menyerah Yakhai, Tanauwasri , Assam dan Manipura serta pampasan perang berupa wang sebanyak 1juta pound kepada Inggeris serta berjanji bahawa tidak akan menyerang kerajaan Siam. Kemudian pada tahun 2369 B.E Inggeris telah mengadakan hubungan baik dengan Thailand dengan membuat perjanjian pertama yang membawa banyak faedah baik dalam hal perang dengan Burma dan tanah Melayu. Dari itu kedua-dua buah Negara telah menjaga hubungan baik bersama. Tetapi Presiden Bersatu telah menafsirkan sendiri bahawa Thailand itu umpama Negara penyangga (buffer state)kepada Inggeris dan mendapat balasan berupa tanah Melayu Pattani dan empat buah negeri Melayu yang lain (Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu) dari Inggeris.
Adapun mengenai isu penggunaan polisi membahagi dan memerintah (divide and rule) oleh kerajaan Thai itu sebenarnya adalah bertujuan untuk kebaikan dalam pemerintahan bukan untuk mengurangkan identiti kaum Melayu seperti yang didakwa…
….Pada zaman Raja Rama ketiga , negeri Kedah telah membuat masalah kepada kerajaan Thai sama seperti negeri Pattani. Oleh itu, Siam menggunakan polisi membahagi dan memerintah terhadap negeri Kedah di mana ia dibahagikan kepada 4 jajahan iaitu Perlis, Satul, Kedah dan Kabangbaru. Tiap-tiap jajahan masing-masing bebas daripada satu sama lain. Pemerintah jajahan berpangkat Praya yang mendapat sokongan terus daripada Negeri Legor dan kelonggaran pentadbiran khusus telah diberikan kepada Kedah. Ini menyebabkan negeri-negeri Melayu itu tidak membuat apa-apa masalah politik lagi.
Pada tahun 2440 B.E, Raja Rama kelima telah mengubahbaikkan sistem pemerintahan baru yang dipanggil “ akta pemerintahan tempatan tahun 116 R.E ”. Ia digunapakaikan sehingga 10 disember 2444 B.E. Kemudian polisi tujuh jajahan dalam tiga wilayah sempadan Selatan yang dipanggil “ Peraturan untuk tujuh jajahan tahun 120 R.E” telah digunapakai. Ia bertujuan untuk mengatur pelan cara pemerintahan dan jawatan kerajaan bagi tujuh jajahan yang sesuai dengan zaman dan kebajikan rakyat seperti yang tertera dalam peraturan ke-27 dan ke-28 yang menentukan bahawa pegawai kerajaan yang akan turun bertugas di tujuh jajahan tersebut mestilah bercakap Bahasa Melayu tempatan supaya dapat mendekati rakyat tempatan . Selain daripada itu peraturan ke-32 telah mewajibkan penggunaan undang-undang Islam menurut adat istiadat agama dalam memutuskan kes-kes yang bersangkutan dengan hal kekeluargaan dan harta pusaka.
Pada zaman Raja Rama ke-6, kerajaan masih meneruskan dasar pemerintahan Rama ke-5 terhadap rakyatnya yang beragama Islam khususnya dalam hal kebebasan beragama dan penjagaannya sebagaimana yang tertera di dalam titah baginda kepada para wakil rakyat Muslim pada tahun 2453 yang berbunyi :
“ (Kaum) Muslim telah menyaksikan sendiri bahawa sebenarnya dasar raja-raja Siam sejak zaman dahulu kala telah berazam untuk menjaga semua bangsa dan agama yang berlindung di bawah naungan pemerintahannya dengan saksama . Semua raja itu berbaik hati dengan penganut agama Islam tidak berbeza daripada penganut agama-agama lain yang menetap di tanah Siam ini. Orang Islam sekalian percayalah bahawa kita akan melaksanakan tugas sebagai penaung semua agama denggan baik demi untuk kebaikan anda semua sepertimana yang anda semua pernah perolehi….”
Pada tahun 2475 , Negara Thai pada ketika itu sedang dalam proses merubahkan corak pemerintahannya kepada sistem pemerintahan demokrasi , telah ada usaha-usaha untuk menggagalkan proses pilihanrayanya.Keadaan ini akhirnya membawa kepada penangkapan Haji Sulong .Dan antara bulan Oktober dan November tahun 2490 telah berlaku kes rompakan hampir 200 kes. Dalam sesetengah kes, rumah-rumah itu dirompak samun dan dibakar hangus khususnya rumah orang Thai beragama Budha. Kebanyakan mangsa rompakan membuat laporan polis bahawa selepas perompak-perompak itu turun dari rumah mereka akan melaung-laung slogan “ Hidup Melayu”. Selain daripada itu, sebuah sekolah kerajaan di kawasan Bandar Pattani telah dibakar dan ada pihak yang menyebarkan risalah dan berita mengajak orang Melayu Muslim supaya sedar tentang politik. Isi kandungan kebanyakan risalah yang disebarkan itu berbunyi “ Siam ialah Siam , Melayu ialah Melayu. Bangunlah,hai orang-orang Melayu. Majulah bangsa Melayu”. Kejadian ini berlaku sehingga pada bulan Mac tahun 2491. Ada berita bahawa tiga buah sekolah di kawasan Bandar Pattani telah dibakar dan ada pelbagai khabar angin secara berterusan seperti kumpulan militan akan masuk menyamun pasar, menyamun Bandar , membakar pejabat daerah dan lain-lain. Kekacauan di wilayah Pattani sejak tahun 2490 B.E ini menyebabakan kerajaan Thai meningkatkan tumpuannya selepas itu.
Pada bulan Januari tahun 2491 , pilihanraya umum akan diadakan tetapi telah tersebar khabar angin bahawa orang Melayu ada rancangan untuk menyekat proses pilihan raya. Ini merupakan salah satu sebab yang membawa kepada penangkapan Haji Sulong kerana dikhuatiri akan berlaku kekacauan dalam proses pilihan raya.
Rentetan daripada itu ialah peristiwa di Kampung Dusun Nyor yang dikatakan ia merupakan perhimpunan bagi menuntut pembebasan Haji Sulong. Hakikat sebenarnya ialah perhimpunan itu tidak ada kaitan langsung dengan isu politik sebagaimana yang tersebut di dalam laporan mesyuarat parlimen kali ke-8 pada 29 April 2491. Jawatan kuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan menyatakan bahawa rusuhan yang berlaku itu adalah kerana pihak pegawai tersalah faham kerana ada ramai orang Muslim yang datang berhimpun di situ lalu meereka pun meminta periksa orang ramai itu. Ternyata bahawa ia merupakan perhimpunan ilmu batin yang berkaitan dengan upacara mandi minyak yang dipercayai boleh menyebabkan tubuh badan si yang menulis itu kebal dan tikam tidak tembus.
Pegawai kerajaan Thai berniat baik terhadap agama Islam di mana pada bulan Julai tahun 2500 B.E General Polis Phau Sriyanon Menteri Dalam Negeri telah menghadiri majlis memecahkan tanah dan meletak batu asas masjid besar wilayah Pattani serta merasmikan pesta hari raya . Pada masa itu, General Phau telah menegaskan kepada orang Islam di empat wilayah selatan Thailand bahawa kerajaan Thai berniat yang ikhlas untuk membaiki sistem pemerintahan di kawasan itu serta berkehendak untuk memajukan orang Islam dan agama Islam supaya standing dengan orang Thai penganut agama lain. Ini kerana kerajaan berpendirian bahawa semua orang Thai tidak kira bangsa dan agama semuanya merupakan tuan ampunya Negara ini yang telah bersama-sama mempertahankan kedaulatan Negara ini. Oleh itu, kerajaan Thai perlu menjaga dan membantu semua pihak dengan saksama.
Inilah hakikat sejarah yang telah dikaji selidik oleh ramai para ahli akademik. Sebarang penghujahan dengan data sejarah mungkin boleh dilakukan untuk mencapai apa-apa matlamat. Ia perlu dikaji dan diselidiki dengan teliti dan secara komprehensif. Hal seperti ini adalah agak sensitif dan susah untuk dibuktikan dan kerana itu, ia tidak patut digunapakaikan sebagai alasan untuk menyerang atau memfitnah pihak yang lain seperti yang sedang berlaku di kawasan tiga wilayah sempadan Thailand sekarang.